"MAK TOLONGLAH. ADIK TAKUT, KAT SINI GELAP, AIR KOTOR. ADIK SEJUK, ADIK NAK KELUAR DARI SINI DENGAN MAK"

Habis je jawab final exam untuk AOS housemate dengan aku terus pergi kedai makan. Sampai sana dalam pukul 12.30 tengah hari.  Disebabkan tekak ni teringin makan cheese cake, ajaklah housemate pergi Secret Recipe.  Elok je sembang gelak-gelak menghala ke sana, aku terdengar satu suara seakan meminta tolong.  Diorang dah selamat sampai dalam tu siap pilih kek.  Aku masih tercari-cari suara tu dekat luar.  Dan memang aku dah jangkankan, seekor anak kucing dengan ibunya berada dalam longkang.  Tak tahu nak gambarkan longkang tu macam mana, tapi yang pasti longkang tu tertutup dengan besi dan aku tak boleh nak tolong untuk cabut benda tu.  Masa tu mata memang dah berkaca-kaca bila dengar suara anak kecil meminta pertolongan dari ibunya.  Habis basah si kecil tu bermandikan air kotor dalam longkang.  Rasa macam nak menjerit dekat situ "BOLEH TAK SESIAPA TOLONG DIA?" but I can't.

Tak semua orang ada perasaan macam aku.  Just cat lover only will understand what kind of this feeling and situation it is.  Kalau aku jerit kang kata aku gila.  Cuma kucing je kot.  Itu bagi diorang, tapi bagi aku no haiwan tetap sesuatu benda yang bernyawa.  We should care to them.  Aku yang tak tahu nak buat apa, bagitahu kawan-kawan.  Tapi apakan daya, kitorang tak mampu buat apa-apa.  Bila keluar dari Secret Recipe, aku nampak mak kucing tu dah keluar.  Dengan keadaan kaki hitam yang kotor dek termasuk ke dalam air kumbahan tu.  And I heard more sadness voice.  Yes, that is the little cat crying to get help from her mom.  Mak dia tercari-cari jalan masuk ke dalam tu.  Kadang aku geram jugak, dia dah pandai bawak anak dia masuk, then bila keluar lupa macam mana dia boleh masuk.  Tapi bodoh bila difikirkan, kucing mana ada akal.  Yang dia tahu nak selamatkan anak dia dari bahaya.  Bukannya dia tahu pun tempat tu akan buat anak dia terancam nyawanya.  Seakan-akan aku mengerti apa yang dia katakan.

"MAK TOLONGLAH.  ADIK TAKUT, KAT SINI GELAP, AIR KOTOR.  ADIK SEJUK, ADIK NAK KELUAR DARI SINI DENGAN MAK"

Masa makan dekat kedai tu.  Aku rasa serba salah.  Sebab aku tak tolong dia.  Aku rasa aku sangat kejam.  Bila nak balik sempat aku bungkuskan lebihan ayam yang tadi kitorang makan, bagi dekat mak dia.  Dengan hajat nak bagi dekat anak dia sekali, tapi sayang, bawah tu penuh dengan air.  Mana kamu sayang?  Kakak nak bagi makanan tapi tak boleh.  Nanti makanan still tenggelam dalam air tu.  Maafkan kakak sayang.  Kakak tak dapat tolong kamu :'(

Sepanjang dalam kereta nak balik tu, aku membebel dekat diorang yang aku sedih pasal kucing ni.  Then, diorang bagi solution call 999 and suruh JPAM tolong.  Aku pun buatlah report macam yang diorang sarankan.  Tapi aku kena berada dekat tempat kejadian.  Then aku yang baru duduk dekat rumah, terus sarung tudung semula dan pergi dekat sana semula.  Bila aku sampai, suara tangisan tu dah tak ada.  Mak kucing tu pun dah tak ada.  Aku musykil.  Aku anggarkan mereka dah berjaya keluar.  Aku call balik 999 untuk batalkan misi bantuan tadi.  Elok je aku letak call, suara tu datang.  Tapi sayup je.  Dalam keadaan kenderaan lalu lalang, buat aku kurang dengar dari mana arah kucing tu datang.

Aku cuba kuatkan hati untuk mengatakan "Allah jaga dia.  Kalau dia panjang umur, Allah mesti tolong dia".  Aku taknak disebabkan aku, orang yang lebih memerlukan bantuan tak dapat bantuan.  Aku decide untuk cancelkan report tu.  Kalau nak tunggu diorang yang dari Klang, mungkin ada sejam untuk dorang bergegas ke sini.  Kadang aku rasa Kenapa mesti aku yang ada sifat macam ni?  Tahu tak perit? Sedih.

Berdosa sangat bila kenangkan cakap macam tu.  Aku patut rasa bersyukur sebab dianugerahkan sifat simpati yang sangat tinggi daripada aku mempunyai hati yang kejam dan tak berhati perut.  Sampai orang cakap aku yang kesiankan orang tapi orang tak kesiankan aku.  Aku redha, aku terima je apa takdir aku.  Selagi aku boleh bertahan, aku akan terus bertahan.  Aku tak harapkan pape balasan.  Aku cuma harapkan semoga anak kucing tu selamat.  Dan kalau aku dekat dengan mangsa-mangsa banjir aku risau aku yang menangis tak henti melihat diorang.  Semoga mangsa banjir tabah menghadapi ujian yang datang dari Allah :')