Anak bongsu anak manja tak pandai buat kerja?

69.99% mengatakan "Betul anak bongsu ni manja. Tak pandai buat kerja"
31.11% mengatakan "Salah anak bongsu tak semestinya manja. Dorang pandai buat kerja rumah jugaklah"

(Sumber: TakBertauliahLagiTakBolehPakai.com.my)

First of all, nak cerita sikit karakter anak bongsu. Selalunya mereka comel cantik langsing rajin gila sangat bersopan santun *sebenarnya nak kata diri sendiri* (puiihh! Langsung tak sama semua)

Go straight to the title above. Actually aku sangat tak setuju dengan 69.99% cakap. Mestilah aku nak sokong yang baik-baik je sebab aku anak bongsu dalam family. Hehe. Tapi memang kenyataan yang tidak semua anak bongsu ni pemalas dan tak pandai buat kerja. Meh i story mory dekat u ye sejak bila i pandai masuk dapur. Eleeh masuk dapur je pun. Its mean masak dekat dapur nokk!

For all of your information, mak cik dorayaki dulu kerja. So mak hanya akan jadi suri rumah 24 jam bila hari sabtu dan ahad. Kebetulan geng rumah (keluarga) suka membela kucing. Bila balik sekolah, kesian tengok si comot comel tompok and bla bla bla merengek mintak sesuap nasi pluss ikan untuk mengalas perut. Dek tak sampai hati, aku pun belajar siang dan goreng ikan sendiri. Tahu umur aku berapa masa tu? 9 tahun. Sangat eksiteddd sebab pandai buat semua tu. Mak balik kerja je terus nak mengadu domba. Ehh bukan nak cerita rita.

"Mak! Adik dah pandai goreng ikan. Hehe. Pandai tak pandai tak?"
"Yeke?? Pandainyalah dia. Anak sapalah ni. Bijak macam mak dia" *eh mak pun nak tumpang puji sendiri jugak?*
"Tapi adik anak abah"
Terus mak buat muka tak nak puji dah.

-Dialog di atas rekaan semata-mata. Benda tu dah 11 tahun yang lepas, manalah aku nak ingat-

Serius ini tak tipu. Oke nak kata yang kau banggalah? Tak tak cakap pun. Tapi adalah sikit. Hahaha.

Dalam masa yang sama aku belajar buat nasi goreng daripada mak masa umur tu. Nak buat macam mana kan, parents bekerja. Kenalah berdikari sikit. Nak harapkan abang aku yang 2 orang tu? Sampai terbakor rumah ni pun dorang tak jumpa garam kat mana gula kat mana bawang kat mana. Lebih baiklah masak sendiri walaupun tak berapa nak sedap.

Tapi disebabkan sifat aku yang terlebih rajin ni, aku jarang masak, jarang nak mop lantai, jarang nak bersihkan gigi harimau. Ehh sampai gigi harimau pulak dah kenapa? So cerita dia, anak bongsu ni tak manja sangat macam yang dorang duk katakan. Pandai buat kerja tapi kekadang terlebih rajin macam aku ni haa. Pandai bukan tak pandai. Hehe.

To anyone yang akan cakap anak bongsu manja tak pandai buat kerja, aku tonyoh tonyoh muka hang pakai berus jamban rumah aku kang. For my future husband, don't worry. I will try my best to be more tak manja yang terlampau bergantung dekat orang. Awak takut nak jaga saya sebab keluarga saya manjakan saya sangatkan. Tapi sifat manja saya yang comel tu tetap akan melekat dalam diri saya sebab saya comel :)

Oke bangang statement tak ada kena mengena.