Internship

Practical Student Life


              Hi! Long time no see? Apa habaq sehat dak? Hihi lama betul tak mengupdate. Rasa dah dewasa and takda masa update blog *dewasa sangat kau jah* Alhamdulillah saya bakal graduate. Dapat graduate on time yuppy! Although result taklah sehokay diploma, tapi akak masih bersyukur dik. And after that baru boleh dapat gelaran pekerja.


              Sekarang ni pun dah rasa the feeling orang bekerja tu macam mana uh penat. Takda masa nak lepak santai dgn kawan-kawan, jarang duduk-duduk makan lempeng cicah susu yg sedap sehingga menjilat ibu jari kaki (melebih sangat tipunya) depan tv sambil nonton sinetron, takda masa nak spent untuk anak-anak sangat *eh? kahwin dah? anak berapa?* kahwin dalam mimpi, anak ada 10, tapi yang masih hidup 6 je. Anak kucing saje lah. Kehhh.


            Balik kerja je gedebup *macam nangka jatuh ke tanah almaklum badanku yg dulu bukanlah yg sekarang* terus terlantar macam orang tak tidur seminggu.  Memandangkan cik abe pun tgh busy saya dengan ini mengambil kesempatan untuk tidur dan terus tidur. On the phone 2 minit dan okay bye. Baru praktikal fatika, bukan real workig lagi tau. Ni pun bila takda kerja mulalah kau melagho sampai tersegguk-sengguk kepala macam layan lagu rock. Mengantuk nauzubillah minzalik. Rasa macam nak suruh kawan-kawan azankan kat telinga bagi si setan lari lintang-pukang.



Dahlah malas nak taip. Nanti update lagi. Bye! *nanti tu tunggu setahun kemudian ke?* HAHAHA